Tuesday, December 7, 2010

Sementara atau Berpanjangan

Kenaikan harga sawit yang berterusan setakat ini telah mencatat harga tertinggi untuk tahun 2010 bagi satu tan buah tandan segar menjadikan harganya  $753.00 setan untuk gred A di Sabah.Fenomena ini seakan ingin mengulangi tempo kenaikan mendadak harga sawit pada pertengahan tahun 2008,( kalau tak silap saya). Harga ketika itu telah mencapai sehingga $800.00 ringgit setan.

Teman2.... ketika itu, kenaikannya hanya sementara dan hanya bertahan lebih kurang 10 bulan. masa itu, teman2 yg mengusahakan kelapa sawit sekurang-kurangnya 10 ekar, mula lalai dan berbelanja dengan boros, skyline,prado,dauble cab, rumah dan pelbagai lagi segera dibeli dek keyakinan harga yang akan berkekalan rentetan ura-ura minyak biodiesel....yg akan diguna pakai. akhirnya terbengkalai dan harga merudum  dengan pantasnya . lebih pantas daripada proses kenaikannya....ramai yang menderita....... kos pengurusan pula meningkat dari penuaian, pembacaan, pembersihan dan pengangkutan....

Teman2..... kali ini jangan kita mudah alpa.... masa ni kita cuba pula mengubah strategi kita dengan mengamalkan belanja berhemah dengan menabung pendapatan sawit tersebut sebanyak yang mungkin sebagai persediaan untuk menghadapi kejatuhan harganya yang mendadak pula. sekiranya harganya tetap kekal selama 2 tahun ini,,, itu satu bonus dan simpanan pula bolehlah dianggap sebagai satu pelaboran yg boleh dilaborkan di asb atau di public mutual bank.INGAT!!!!! JANGAN PULA MELABOR DI SKIM CEPAT KAYA ! !! Hancus...... lau tak tau dan rasa ragu222 tentang skim tu....boleh tanya saya....atau teman2 lain yang lebih arif. saya dan pasti teman2 lain pasti akan terangkannya secara percuma di email maupun di Facebook.

Teman2...sekiranya punya pendapatan berlebihan.....napa tidak cari tanah lain dan beli atau beli rumah di mana2 taman perumahan atau lot2 kedai di bandar2 yg saban hari didominasi oleh rakan-rakan dari kaum cina.. Rasanya itu pelaboran yg lebih baik berbanding dengan bercuti ke sani-sini dan berbelanja dengan boros sedangkan hanya mengharapkan pendapatan dari satu sumber sahaja.... ini setakat pendapat dan setiap orang punya pendapat dan keinginan berbeza-beza. terserah dan fikir-fikirkanlah.....

yang pasti ialah....harga sawit yg melambung sekarang ini tidak akan kekal seperti ini...... Harganya dijangka akan mengalami penurunan yang drastik selepas pilihan raya kelak.... ( itu pun kalau sempat )  kita sama2 tun ggu dan lihat kebenaran ramalan ini.... Apapun..... kena bersedia.....dan berjimat cermatlah......

1 comment:

Jumahira Hj Nurdin @ Eira said...

Saya setuju cikgu..bak kata pepatah..sediakan payung sblm hujan...beringat sebelum kena..huhu.

Para Petani kena bijak mengambil dan memanfaatkan peluang ketika ini..jangan lalai..jangan leka...