Tuesday, November 23, 2010

Kepincangan dalam susunan perjawatan di kalangan guru-guru sekolah.

Di sana sini kita dengar luahan guru-guru dg41, terutamanya yang pernah menyandang dg29 sebelum ini. Mereka bukan sahaja telah terlepas gaji dg32, yang akibatnya penyandang dg41, ketinggalan dari segi gaji oleh rakan-rakan dg29 yg naik ke dg 32......bahkan mereka juga tidak berpeluang menjadi penolong kanan atau guru besar. Ini kerana jawatan guru besar dan pen2 kanan dikhususkan untuk dg 32 hingga 38 sahaja.

Antaranya kesan sampingan situasi ini ialah kesan psikologi kerana guru-guru muda dg 32 hakiki memegang jawatan kanan di sekolah dan guru-guru dg41 yg sepatutnya mendapat dg32 jika tak belajar dulu kini tertinggal dan tak dapat menjawat jawatan itu.Yang paling mendukacitakan sekiranya ada pentadbir2 muda memiliki gaya bahasa yang tidak sesuai dalam pentadbirannya.

Tidak dpt dinafikan bahawa, selain tujuan ilmu dan menyahut seruan kementerian agar guru-guru mempertingkat kualiti guru, tujuan lain ketika pergi belajar dulu adalah untuk meningkatkan gaji dan dengan harapan akan mendapat jawatan kanan selepas menamatkan pelajaran. Namun, sasaran itu tersasar jauh dari yang direncanakan.

( cerita ini akan dikaitkan kemudian) Dalam bidang niaga perhotelan, sesebuah organisasi perhotelan akan melakukan pelbagai strategi agar mereka dapat memulakan semula skill gaji pekerjanya ke peringkat yang rendah. Antaranya menjual hotel itu ke syarikat lain dan mengupah pekerja baru atau pekerja lama boleh kekal tetapi terpaksa ikut skil gaji baru yang ditetapkan oleh pentadbir hotel yang baru.

Cerita di atas ini seolah-olah ada persamaannya dengan apa yang berlaku di kalangan guru2 dg32n dan dg 41 sekarang. adakah ini memang telah dirancang oleh pakar-pakar ekonomi yang berkaitan dengan jabatan perbendaharaan kerajaan atau tidak, saya sendiri tak pasti... Yg jelas beribu-ribu atau mungkin berpuluh ribu kakitangan kerajaan terutamanya guru dg 29 ke dg 41 telah mengalami penyusutan gaji lebih kurang 400 seorang sebulan. kalau setahun....hem $4800.00. Banyak juga tu kan....dahlah gitu... tak berpeluang pula jadi penolong kanan atau guru besar.

Kami sangat berharap agar kerajaan di bawah JPA dan KPM meneliti perkara ini. Dengan cara ini, proses kerja akan lebih harmoni dan boleh bertambah membanggakan.

Wednesday, November 17, 2010

Harga Sawit Naik Lagi!!!!!!

Mulai April 2010 harga sawit mulai naik hinggalah ke hari ini 17/11/2010. Pada hari selasa lalu harga untuk gred A melonjak ke $702.00. Fuhhh.... Entah berapa lama harga ini boleh bertahan sebab tentu ada juga pihak yang tidak senang dengan kenaikan harga ini. Contohnya persatuan minyak bahan fosil telah menyatakan bahawa penggunaan minyak biodesel akan menyebabkan pencemaran udara yang lebih teruk. Akibatnya pada minggu lalu harga turun sebanyak $12.00 setan.

Sawit adalah satu tanaman penghasil minyak yang paling produktif di dunia. Mutu benihnya juga sentiasa dipertingkat. Genetik-genetik baru yang lebih berdaya saing dan mempu menghasilkan minyak berkualiti untuk kesihatan juga banyak dihasilkan. So... pengguna tak perlu risau. Yang risau ialah pengeluar minyak lain seperti penanam kacang soya, bunga matahari dan lain-lain saingan minyak sawit.

Sekiranya anda ingin melihat harga harian minyak sawit, taip saja alamat ini. mpob ffb prices.

Jika anda mempunyai tanah, usahakanlah tanah itu dengan tanaman sawit. Selagi usia sawit di bawah 15 tahun, kerjanya masih mudah dan mampu diurus oleh kita sendiri. tetapi jika tenaga buruh banyak di kawasan anda, ya bagi saje dengan mereka untuk mengerjakannya.

Thursday, November 11, 2010

Ingin berjinak-jinak dalam sektor penanaman sawit?

Sawit antara tanaman komersil yang dijangka akan mendapat permintaan yang berterusan.Banyak sangat produk yg dibuat daripada campuran minyak sawit ni.minyak makan, sabun, marjerin, aiskrim dll lagi. Pokoknya banyaklah......

Nak tanam sawit, tak perlu tanah berpuluh-puluh atau beribu-ribu ekar... tapi kalau ada, lagi baiklah. keluasan tanah minimum bagi mereka yang hendak bermain-main dengan penanaman sawit ialah 5 ekarX 55 pokok. Maknannya ada lebih kurang 280 pokok sawit.

Sekarang ni ( 12/11/2010 ) harga sawit 698.00 ( gred A ).dalam 5 ekar jika di baja 4 kali setahun, boleh mengeluarkan sekurang-kurangnya 1000 hingga 3000 kg. Kalau dalam kiraan ringgit, boleh menjana pendapatan tambahan sebanyak lebih kurang 1400 hingga 1800. itu baru lima ekar.

Di samping mempunyai pekerjaan tetap, ada pula sedikit pendapatan tambahan daripada usaha-usaha pertanian, maka dapatlah kita menghadapi kos hidup yang kini semakin meningkat.